Saturday, 18 April 2020

TIPS MENJAWAB SOALAN MEdSI BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) DI IPTA SELURUH MALAYSIA


Muhammad Nur Azam Bin Ghazali
Ijazah Kedoktoran Psikologi Pendidikan
UTM

Mengikut pengalaman saya yang lepas, saya telah mengambil ujian MEdSI ini adalah sebanyak 3 kali di mana 2 kali diambil ketika ujian kelayakan memasuki Institut Pengajian Guru (IPG) dan sekali lagi diambil ketika ujian kelayan memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ketika kedua-dua kali saya mengambil untuk memasuki IPG, saya gagal menjawab dengan baik. Hal ini kerana saya tidak membuat ulang kaji terlebih dahulu apa itu ujian MeDSI. Dan setelah saya melakukan kajian dengan lebih terperinci tentang ujian yang paling ditakuti oleh bakal-bakal guru ini, jadi alhamdulillah saya berjaya jawab dengan baik dan saya lulus. Baiklah sebelum saya berkongsi tentang tips-tipsnya, anda perlu diingatkan bahawa format ujian medsi mempunyai 4 bahagian iaitu seperti yang tertera dalam gambar di bawah:

Baiklah ada orang bertanya saya, "Abang Azam macam mana nak jawab soalan MEdSI tu? Mesti susah kan? Mesti kena jawab jujur kan? Mesti tak boleh tipu kan?", dan banyak lagi soalan-soalan yang ditanya pada saya. Pada pandangan peribadi saya, ujian ini bukan mahu melihat kejujuran awak 100% tetapi ia adalah dibentuk untuk menguji tahap pemikiran awak untuk menyediakan jawapan setara tentang soalan-soalan sama/hampir sama/berulang-ulang yang dibentuk. Jika tidak setara jawapan anda antara satu sama lain, kemungkinan untuk anda gagal itu adalah lebih tinggi. Clear? Kalau awak tak jujur pun tapi jawapan yang sama yang awak berikan semasa menjawab soalan yang hampir sama pun dikira tepat juga. Ia tiada istilah betul atau salah tetapi tepat atau tidak tepat. Ok ini adalah cara yang saya jawab semasa mengambil ujian ini pada kali ketiga. Sebelum baca tips ini, ingat ini hanyalah tips! Lakukan banyak lagi kajian berkaitan MEdSI agar anda betul-betul memahaminya dengan baik. 

1) Soalan Personaliti
Apa itu personaliti? Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. 

Contoh soalan?

1. Saya merasakan diri saya suka membantu orang lain?
a. wajar         b. tidak wajar 
*Saya memilih (a) kerana saya memang diajar oleh ibu bapa untuk membantu orang dan  membantu itu adalah nilai positif bagi seseorang. Senang cerita, kalau soalan markah free sebegini, fikir je mengikut logik akal kamu. hehehehe 


15. Saya merasakan diri saya selalu diikuti oleh orang yang tidak dikenali?
a. betul          b. salah
*saya jawab salah kerana saya tidak pernah merasakan perkara sedemikian. Tolong alert ye, jika ada lagi soalan yang berulang atau lebih kurang sama, tolong bagi jawapan yang sama seperti yang awak jawab pada pertama kali.


36. Orang yang tidak dikenali seolah-olah mengikuti setiap pergerakan saya.
a. betul          b. salah
*Cuba perhatikan soalan 2 dan 109 hampir sama. Langkah yang terbaik adalah awak perlu menjawab soalan-soalan berikut dengan jawapan setara/sama. Jika tidak sama, sistem akan kesan yang awak mempunyai jawapan yang tidak jelas antara keduanya. Dan ia dikira awak telah gagal dalam menjawab ujian ini dengan sempurna. 



2. Minat Kerjaya
Minat dan kerjaya adalah dua benda yang berbeza. Minat adalah kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu. Kerjaya pula adalah perkembangan atau kemajuan pada seseorang. 

Contoh soalan? 


121. Jika di rumah, saya lebih suka membantu ibu menjaga adik-adik saya.

a. ya                  b. tidak
*Untuk menjadi guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (memohon program Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai pilihan pertama), saya merasakan minat diri saya untuk membantu ibu bapa untuk menjaga adik-adik itu satu keperluan. Menjaga adik-adik atau anak-anak kecil ini juga adalah salah satu kewajipan kepada saya jika ingin menjadi guru tadika nanti. Kerana melalui nilai ini, ia sebenarnya mampu memupuk diri saya untuk menjadi guru yang tebaik untuk mencorak bakal pemimpin yang berjaya pada suatu hari nanti. Gituuuuu. hihihi


130. Apabila saya di rumah, saya lebih suka untuk menanam bunga-bungaan di halaman rumah. 

a. ya                  b. tidak
*Soalan ini kelihatan ditujukan khas kepada calon-calon yang memohon program Sains Pertanian. Jadi saya memilih untuk menjawab (b) kerana saya memang tidak berminat dengan aktiviti menanam dan saya bukan juga berminat dalam aktiviti tersebut. Jika memang betul minat tersebut memang ada dalam diri kamu, lebih baik kamu menjawab (a). Sekali lagi diingatkan bahawa soalan akan berulang dan jawapan perlu selari. 


138. Saya sangat bagus membuat perhitungan secara langsung apabila berada di pasar raya.

a. benar        
b. tidak benar
*Soalan ini ditujukan khas kepada calon-calon program Matematik/Sains, jadi memilih (b) keana saya tidak meminati program Matematik dan saya juga memang tidak bagus dalam matematik.


156. Saya sangat suka mengajar kanak-kanak secara sukarela pada masa lapang.

a. benar       b. tidak benar
*Saya memilih benar kerana saya betul-betul meminati kanak-kanak dan mengajar secara sukarela perlu ada dalam diri seorang guru taska/tadika. Tengok soalan 121 adalah hampir sama dengan soalan ini. Jadi perlu alert dan jawapan perlu selari. 




3. Nilai Integriti

Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll. Untuk soalan ini, terdapat empat pilihan jawapan iaitu 

i) sangat tidak setuju
ii) tidak setuju
iii) setuju
iv) sangat setuju

Contoh soalan?

190. Menghormati perkara kebaikan.

iv) sangat setuju
*kebiasaanya, untuk soalan pada bahagian ini, saya memilih sangat tidak setuju atau sangat setuju sahaja. Hal ini kerana, kalau saya campur kesemua jawapan pada soalan-soalan lain, kemungkinan untuk mendapatkan jawapan yang selari itu sukar. Langkah yang paling selamat adalah kamu perlu memilih sama ada sangat setuju atau sangat tidak setuju. Kalau soalan itu positif, of couse kamu perlu pilih sangat setuju dan sebaliknya jika soalan itu negatif, kamu wajib pilih sangat tidak setuju. 


200. Keberanian itu kelemahan.

i) sangat tidak setuju
*Soalan ini nampak sangat negatif. Sebeenarnya keberanian itu kekuatan. Jika kita tidak berani untuk datang menjawab MEdSI, of course kita akan gagal dari jadi "cikgu". jadi keberanian itu adalah benda positif.


205. Saya kurang mampu menghadapi kegagalan.

i) sangat tidak setuju
*Kalau kita tidak mampu mengadapi kegagalan, kita tidak akan mengambil peperiksaan MEdSI. Disebabkan kita mampu menerimanya, kita datang juga ke ujian ini. Tengok! Soalan ini juga negatif. Jika kamu jawab pilihan jawapan (ii) tidak setuju, saya risau soalan yang hampir sama yang lain nanti kamu jawab jawapan (i) sangat tidak setuju dan kesetaraan jawapan tidak mampu dicapai.

Nota tambahan: Untuk melihat keyakinan kamu, hanya pilih jawapan (i) sangat tidak setuju dan (ii) sangat setuju sahaja. Terima kasih


208. Pada pandangan kamu, apakah maksud semangat patriotisme?

i. Suka menjadi ahli politik
ii. Meniru sikap tokoh-tokoh politik terdahulu
iii. Mengkaji bidang-bidang berkaitan negara bangsa
iv. Sayang akan negara dan tanah air yang tercinta
*Seingat saya ada juga beberapa soalan fakta. Jika soalan begini ditanya, anda tidak perlu mengikut pilihan jawapan (i) (ii) (iii) atau (iv) tetapi ia bergantung kepada jawapan yang paling tepat. Untuk menjadi seorang guru anda perlu mempunyai kemairan berfikir aras tinggi (KBAT) dan pilihlah jawapan berdasarkan jawapan yang paling logik dan tepat. Tidak mungkin politisme itu bermaksud suka menjadi ahli patriotisme kan. 


4) Kecerdasan Emosi
Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Untuk menjadi guru, kamu perlulah mempunyai emosi yang baik dan positif agar kamu dapat melakukan tugasan dan kewajipan guru dengan hasil terbaik. Pilihan jawapan pada soalan ini juga mempunyai 4 jawapan sama ada: 

i) sangat tidak setuju
ii) tidak setuju
iii) setuju
iv) sangat setuju


Contoh soalan?

260. Saya berasa serba salah apabila berhadapan dengan orang ramai.

i) sangat tidak setuju
*Saya akan memilih sangat tidak setuju kerana jika kamu ingin menjadi guru, kamu perlu mempunyai emosi yang berani apabila berada di khalayak ramai. 


280. Apabila orang menentang saya, saya akan menunjuk muka masam. 

i) sangat tidak setuju
 *letakkan diri kamu sebagai seorang guru, jika kamu menunjukkan muka masam ketika pelajar-pelajar tidak menyokong hujah kamu, percayalah bahawa kamu itu bukannya seorang guru tapi seorang pelajar yang memerlukan bimbingan. Bermasam muka adalah hal yang negatif. JIka mahu selamat pilihlah jawapan (i) sangat setuju dan bukan (ii) tidak setuju kerana kesetaraan jawapan yang berulang akan disemak oleh sistem. 

Semoga maju jaya. Good luck guys.




Sumber: