TIPS MENJAWAB SOALAN MEdSI BAGI KEMASUKAN
KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) DI IPTA SELURUH MALAYSIA
Mengikut pengalaman saya yang lepas, saya telah mengambil ujian MEdSI ini adalah sebanyak 3 kali di mana 2 kali diambil ketika
ujian kelayakan memasuki Institut Pengajian Guru (IPG) dan sekali lagi diambil
ketika ujian kelayan memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ketika
kedua-dua kali saya mengambil untuk memasuki IPG, saya gagal menjawab dengan
baik. Hal ini kerana saya tidak membuat ulang kaji terlebih dahulu apa itu
ujian MeDSI. Dan setelah saya
melakukan kajian dengan lebih terperinci tentang ujian yang paling ditakuti oleh bakal-bakal guru ini, jadi alhamdulillah
saya berjaya jawab dengan baik dan saya lulus. Baiklah sebelum saya berkongsi
tentang tips-tipsnya, anda perlu diingatkan bahawa format ujian medsi mempunyai
4 bahagian iaitu seperti yang tertera dalam gambar di bawah:
Baiklah ada orang bertanya saya, "Abang Azam macam mana nak jawab soalan
MEdSI tu? Mesti susah kan? Mesti kena jawab jujur kan? Mesti tak boleh tipu
kan?", dan banyak lagi soalan-soalan yang ditanya pada saya. Pada
pandangan peribadi saya, ujian ini bukan mahu melihat kejujuran awak 100% tetapi
ia adalah dibentuk untuk menguji tahap pemikiran awak untuk menyediakan jawapan
setara tentang soalan-soalan sama/hampir sama/berulang-ulang yang dibentuk.
Jika tidak setara jawapan anda antara satu sama lain, kemungkinan untuk anda
gagal itu adalah lebih tinggi. Clear? Kalau awak tak jujur pun tapi jawapan
yang sama yang awak berikan semasa menjawab soalan yang hampir sama pun dikira
tepat juga. Ia tiada istilah betul atau salah tetapi tepat atau tidak
tepat. Ok ini adalah cara yang saya jawab semasa mengambil ujian ini pada
kali ketiga. Sebelum baca tips ini, ingat ini hanyalah tips! Lakukan banyak
lagi kajian berkaitan MEdSI agar anda betul-betul memahaminya dengan
baik.
1) Soalan Personaliti
Apa itu personaliti? Personaliti atau keperibadian merupakan
satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain
yang menjadikan kita manusia.
Contoh soalan?
1. Saya merasakan diri
saya suka membantu orang lain?
a. wajar
b. tidak wajar
*Saya memilih (a)
kerana saya memang diajar oleh ibu bapa untuk membantu orang dan membantu
itu adalah nilai positif bagi seseorang. Senang cerita, kalau soalan markah
free sebegini, fikir je mengikut logik akal kamu. hehehehe
15. Saya merasakan diri
saya selalu diikuti oleh orang yang tidak dikenali?
a. betul
b. salah
*saya jawab salah
kerana saya tidak pernah merasakan perkara sedemikian. Tolong alert ye, jika
ada lagi soalan yang berulang atau lebih kurang sama, tolong bagi jawapan yang
sama seperti yang awak jawab pada pertama kali.
36. Orang yang tidak
dikenali seolah-olah mengikuti setiap pergerakan saya.
a. betul
b. salah
*Cuba perhatikan soalan
2 dan 109 hampir sama. Langkah yang terbaik adalah awak perlu menjawab soalan-soalan
berikut dengan jawapan setara/sama. Jika tidak sama, sistem akan kesan yang
awak mempunyai jawapan yang tidak jelas antara keduanya. Dan ia dikira awak
telah gagal dalam menjawab ujian ini dengan sempurna.
2. Minat Kerjaya
Minat dan kerjaya adalah
dua benda yang berbeza. Minat adalah
kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu. Kerjaya pula adalah
perkembangan atau kemajuan pada seseorang.
Contoh soalan?
121. Jika di rumah, saya lebih suka membantu ibu menjaga adik-adik saya.
a. ya b. tidak
*Untuk menjadi guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (memohon program Pendidikan Awal
Kanak-Kanak sebagai pilihan pertama), saya merasakan minat diri saya untuk
membantu ibu bapa untuk menjaga adik-adik itu satu keperluan. Menjaga adik-adik
atau anak-anak kecil ini juga adalah salah satu kewajipan kepada saya jika
ingin menjadi guru tadika nanti. Kerana melalui nilai ini, ia sebenarnya mampu
memupuk diri saya untuk menjadi guru yang tebaik untuk mencorak bakal pemimpin
yang berjaya pada suatu hari nanti. Gituuuuu. hihihi
130. Apabila saya di rumah, saya lebih suka untuk menanam bunga-bungaan di
halaman rumah.
a. ya b. tidak
*Soalan
ini kelihatan ditujukan khas kepada calon-calon yang memohon program Sains
Pertanian. Jadi saya memilih untuk menjawab (b) kerana saya memang tidak
berminat dengan aktiviti menanam dan saya bukan juga berminat dalam aktiviti
tersebut. Jika memang betul minat tersebut memang ada dalam diri kamu, lebih
baik kamu menjawab (a). Sekali lagi diingatkan bahawa soalan akan berulang dan
jawapan perlu selari.
138. Saya sangat bagus membuat perhitungan secara langsung apabila berada di pasar raya.
a. benar b. tidak benar
*Soalan ini ditujukan khas kepada calon-calon program Matematik/Sains, jadi
memilih (b) keana saya tidak meminati program Matematik dan saya juga memang
tidak bagus dalam matematik.
156. Saya sangat suka mengajar kanak-kanak secara sukarela pada masa lapang.
a. benar b. tidak benar
*Saya memilih benar kerana saya betul-betul meminati kanak-kanak dan mengajar
secara sukarela perlu ada dalam diri seorang guru taska/tadika. Tengok soalan
121 adalah hampir sama dengan soalan ini. Jadi perlu alert dan jawapan perlu
selari.
3. Nilai Integriti
Integriti
adalah sifat jati
diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai,
boleh pegang cakapnya, dll. Untuk soalan ini, terdapat empat pilihan jawapan
iaitu
i) sangat tidak setuju
ii) tidak
setuju
iii)
setuju
iv)
sangat setuju
Contoh soalan?
190. Menghormati perkara kebaikan.
iv) sangat setuju
*kebiasaanya, untuk soalan pada bahagian ini, saya memilih sangat
tidak setuju atau sangat setuju sahaja. Hal ini
kerana, kalau saya campur kesemua jawapan pada soalan-soalan lain, kemungkinan
untuk mendapatkan jawapan yang selari itu sukar. Langkah yang paling selamat
adalah kamu perlu memilih sama ada sangat setuju atau sangat tidak setuju.
Kalau soalan itu positif, of couse kamu perlu pilih sangat setuju dan
sebaliknya jika soalan itu negatif, kamu wajib pilih sangat tidak setuju.
200. Keberanian itu kelemahan.
i) sangat tidak setuju
*Soalan ini nampak sangat negatif. Sebeenarnya keberanian itu kekuatan. Jika
kita tidak berani untuk datang menjawab MEdSI, of course kita akan gagal dari
jadi "cikgu". jadi keberanian itu adalah benda positif.
205. Saya kurang mampu menghadapi kegagalan.
i) sangat tidak setuju
*Kalau kita tidak mampu mengadapi kegagalan, kita tidak akan mengambil
peperiksaan MEdSI. Disebabkan kita mampu menerimanya, kita datang juga ke ujian
ini. Tengok! Soalan ini juga negatif. Jika kamu jawab pilihan jawapan (ii)
tidak setuju, saya risau soalan yang hampir sama yang lain nanti kamu jawab
jawapan (i) sangat tidak setuju dan kesetaraan jawapan tidak mampu dicapai.
Nota tambahan: Untuk melihat keyakinan kamu, hanya pilih jawapan (i) sangat tidak setuju dan (ii) sangat setuju sahaja. Terima kasih
208. Pada pandangan kamu, apakah maksud semangat patriotisme?
i. Suka menjadi ahli
politik
ii. Meniru sikap
tokoh-tokoh politik terdahulu
iii. Mengkaji
bidang-bidang berkaitan negara bangsa
iv. Sayang akan negara
dan tanah air yang tercinta
*Seingat
saya ada juga beberapa soalan fakta. Jika soalan begini ditanya, anda tidak
perlu mengikut pilihan jawapan (i) (ii) (iii) atau (iv) tetapi ia bergantung
kepada jawapan yang paling tepat. Untuk menjadi seorang guru anda perlu
mempunyai kemairan berfikir aras tinggi (KBAT) dan pilihlah jawapan berdasarkan
jawapan yang paling logik dan tepat. Tidak mungkin politisme itu bermaksud suka
menjadi ahli patriotisme kan.
4) Kecerdasan Emosi
Emosi
didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang,
gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Untuk menjadi guru, kamu perlulah
mempunyai emosi yang baik dan positif agar kamu dapat melakukan tugasan dan
kewajipan guru dengan hasil terbaik. Pilihan jawapan pada soalan ini juga
mempunyai 4 jawapan sama ada:
i) sangat tidak setuju
ii) tidak
setuju
iii)
setuju
iv)
sangat setuju
Contoh soalan?
260. Saya berasa serba salah apabila berhadapan dengan orang ramai.
i) sangat tidak setuju
*Saya akan memilih sangat tidak setuju kerana jika kamu ingin menjadi
guru, kamu perlu mempunyai emosi yang berani apabila berada di khalayak
ramai.
280. Apabila orang menentang saya, saya akan menunjuk muka masam.
i)
sangat tidak setuju
Semoga
maju jaya. Good luck guys.
Sumber:
Wahhh, sangat membantu. Analisis yg lengkap, semoga lebih ramai lagi berjaya lulus ujian MedSI ni. Dan pahalanya terus mengalir bagaikan air buat Cg Azam. Insya Allah.
ReplyDelete